Thursday, October 11, 2018

PERATURAN PENGINAPAN

PERATURAN PENGINAPAN HOMESTAY DE'11




  1. Bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia secara tunai. 
  2. Keluarga muslim sahaja. 
  3. Jika dalam kumpulan hendaklah terdiri dari kalangan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina 
  4. Tidak melebihi 15 orang (max) 
  5. Dibenarkan memasak. 
  6. Kebersihan hendaklah dijaga, sebarang kekotoran yang ditinggalkan deposit tidak akan dipulangkan 
  7. Barang-barang dalam inventori adalah hak milik homestay, sebarang kerosakan dan kehilangan penyewa hendaklah menggantikannya. 
  8. Sebarang kerosakan air/ elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada pengurus homestay 
  9. Pembayaran deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempahan. Tempahan tanpa deposit tidak akan dilayan. Pelanggan perlu membayar baki tempahan yang dibuat sewaktu mendaftar masuk (check-in). Deposit tempahan tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh tempahan oleh pelanggan. 
  10. Bayaran RM100.00 hendaklah dibayar semasa check-in sebagai cagaran kerugian dan akan dikembalikan sewaktu Check-out (jika tiada sebarang kerosakan/kehilangan dalam premis). 
  11. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis penginapan 
  12. Tetamu harus menjaga kebersihan premis dan kawasan persekitaran sepanjang masa menginap 
  13. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah 
  14. Meletakkan kenderaan di tempat yang betul dan tidak menghalang lalu lintas 
  15. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap 
  16. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/ kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam. 
  17. Sila matikan semua peralatan elektrik selepas digunakan. Pastikan menutup suis, kipas, plug, lampu, pendingin hawa dan sebagainya bila meninggalkan rumah atau apabila tidak menggunakannya. 
  18. Perlu dingatkan, Homestay De’11 melarang keras sebarang kegiatan menyalahi undang-undang negara dilakukan. Sebarang kesalahan yang dilakukan adalah atas tindakan dan tanggungjawab penghuni itu sendiri dan Homestay De’11 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan tiada kaitan dengan masalah yang timbul. Mereka boleh DIHALANG dari memasuki Homestay De’11 walaupun pembayaran telah dibuat. 
  19. Pihak pengurusan Homestay De’11 tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka. 
  20. Setelah anda membuat bayaran tempahan, bermakna anda telah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Keselasaan & Keselamatan anda amatlah diutamakan. 

No comments:

Post a Comment

TEMPAHAN

TIGA LANGKAH MUDAH UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN/ BOOKING : 1) Call untuk memastikan kekosongan Homestay pilihan anda atau homestay lain yan...